jana income dengan affiliate

Wednesday, May 4, 2016

DOA PELINDUNG DIRI





Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu


 :- من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك 

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, )



 Disebut dalam satu riwayat lain,  nabi bersabda 

:- فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله  أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله


 Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ? Lelaki berkata : aku disengat kala Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 ) 


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih


 رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ  بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" 

sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)


SELAWAT

Jom Berselawat... 





Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Riwayat Ibn Mas'ud r.a)

 Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." (Amir bin Rabiah r.a) 

sebahagian ulama' menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup. 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); 

wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al-Ahzab 33: Ayat ke 56)


Doa penjagaan diri @ Doa Abu Darda

Pada minggu lepas, waktu tu saya hendak tutup pintu di rumah, tetiba terdengar bunyi macam menda menjalar ke bawah...ssaya toleh ke kanan dan nampak seperti seekor ular turun dari alang kayu ke bawah menuyusp ke bawah rak kasut..selepas dihalau ular tersebut menyusur lari..mujur kecik aje..

Malam itu, terus saya buka buku doa mencari doa Abu Darda sebagai salah satu usaha untuk memohon perlindungan dari Allah dari segala kejahatan binatang melata. Selalu saya amalkan doa ini..tapi silap saya kerana dua tiga menjak ini..doa abu darda tidak terkeluar dari mulut saya..mungkin ini cara Allah menegur saya. dan saya bersyukur kerana Allah masih memandang saya walaupun sering lupakanNYA...semoga Allah mengampuni dosa kita..
Di sini saya kongsikan Doa Abu Darda



maksudnya

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatuDan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan dirikuDan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.Sesungguhnya Tuhanku sentiasaberada di jalan yang lurus.



Doa Abu Darda ialah Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. 

Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang. 

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.